BUDAK RUMAH SEBELAH #1

Dengar-dengarnya, mamat rumah sebelah aku dah ada blog. Kalau masa zaman-zaman Friendster, akaun aku wujud dulu sebelum akaun dia. Masa aku tengah usha awek kat Facebook, dia baru terhegeh-hegeh nak buat akaun. Tapi sekarang dia memang dah lebih. Memang lawan tokey, tak boleh dibiorkan. Jatuh aku punya waterface!

Daripada maklumat Epul yang bertindak sebagai spy tak bergaji aku, mamat rumah sebelah aku dah memiliki sebuah blog. Peh, takkan aku nak ketinggalan, ye tak? Nak tak nak, aku kenalah ada blog jugak. Sikit pun aku tak nak kalah dengan dia. Mamat tu memang haprak banyak. Epul kaborkan, dia dah mula start rancangan mengunjungi blog awek-awek dan start flirting. Takkan aku nak berdiam diri.

Dengan terhasilnya Letup of The Third World, dengan ini aku umumkan dengan disaksikan Epul di sebelah, aku akan bergiat secara aktif dalam blogging. Di samping pekerjaan sampingan aku sebagai  student, aku akan cuba menjadi seorang pegawai sepertimana yang telah aku lakukan di Facebook.

Moga-moga dengan cara ni, awek-awek akan mari menghimpit. Mamat rumah sebelah tu biorkan dulu. Ada masa lapang nanti, aku tapakkan muka dia.

No comments: