BULETIN UTAMA #1

Masa tengok Kamarudin Mape kat Buletin Utama; pundi kencing aku dah macam nak meletup. Berlari aku pegi bilik air. Habis kencing, aku tengok Kamarudin Mape balik. Dia ni pada aku dah capai tahap Hasbullah Awang dalam scene baca berita. Kalau ada anugerah pembaca berita paling popular, sah memang dia punya. Pembaca berita paling true kat Malaysia ni - dialah.

Berita sukan tunjuk highlight Arab Saudi kalah dengan Jordan. Bangang apa Arab Saudi boleh kalah dengan Jordan. Aku syak kekalahan geng-geng wahabi sebab diorang mengabaikan tak pakai serban. Tu sebab tak menang. Tak berkat.

Abis berita sukan, tetiba ada pulak berita pasal Najib. Najib menjawab soalan orang ramai yang tanya kat Twitter. Soalan semua memang mencabar minda. Soalan stok memang bagi pecah kepala punyalah.

#tanyanajib : kat mana nak dapat char kuey teow yang sedap?
#tanyanajib : siapa yang iron baju anda?

Peh, dia punya soalan memang killer. Berpeluh gak Najib nak menjawab. Silap jawab, ada harapan nak kena kudeta.

SEBELUM INTERLOK


Hala tuju blog ni masih kabur bagi aku. Aku tak tau sangat nak tulis pasal apa. Takkan aku nak tiru macam blog awek-awek; tulis pasal makan apa hari ni, berdating dengan siapa, jual shawl dengan tudung, ambik gambar mulut muncung pipi kembung - gampang sangat kalau aku buat macam tu.

Tapi aku tak nak pulak tulis berjela-jela. Aku bukan wartawan. Blog ni cuma nak usha awek-awek je. Takkan pulak aku nak bercakap pasal Syiah-Sunni kat sini. Aku bukan Khusrin "90 Marhalah" Munawi. 

Cerita pasal Pariah pun best gak. Sekarang pun asyik pum pang pum pang pasal Interlok kan. Nampak sikit intelek aku kalau cerita pasal benda-benda serius ni. Baru la ada attitude budak sekolah sains. Bermaruah.

Tapi bila pikir-pikir balik, keputusan tu terpaksa aku rombak. Walaupun nama aku Isa, tak bermakna aku tak boleh kena ISA. Sekarang ni bukan boleh buat main-main. Salah cakap sikit; saman. Perangai masing-masing macam gampit. 

Okey, jumpa lain kali. 

BUDAK RUMAH SEBELAH #1

Dengar-dengarnya, mamat rumah sebelah aku dah ada blog. Kalau masa zaman-zaman Friendster, akaun aku wujud dulu sebelum akaun dia. Masa aku tengah usha awek kat Facebook, dia baru terhegeh-hegeh nak buat akaun. Tapi sekarang dia memang dah lebih. Memang lawan tokey, tak boleh dibiorkan. Jatuh aku punya waterface!

Daripada maklumat Epul yang bertindak sebagai spy tak bergaji aku, mamat rumah sebelah aku dah memiliki sebuah blog. Peh, takkan aku nak ketinggalan, ye tak? Nak tak nak, aku kenalah ada blog jugak. Sikit pun aku tak nak kalah dengan dia. Mamat tu memang haprak banyak. Epul kaborkan, dia dah mula start rancangan mengunjungi blog awek-awek dan start flirting. Takkan aku nak berdiam diri.

Dengan terhasilnya Letup of The Third World, dengan ini aku umumkan dengan disaksikan Epul di sebelah, aku akan bergiat secara aktif dalam blogging. Di samping pekerjaan sampingan aku sebagai  student, aku akan cuba menjadi seorang pegawai sepertimana yang telah aku lakukan di Facebook.

Moga-moga dengan cara ni, awek-awek akan mari menghimpit. Mamat rumah sebelah tu biorkan dulu. Ada masa lapang nanti, aku tapakkan muka dia.